Sunday 19 June 2011

Restoran Rimba Klasik@ Bandar Baru Bangi

Restoran Rimba Klasik yang terletak di Bandar Baru Bangi adalah salah satu restoran yang saya selalu kunjungi masa zaman muda saya sebagai student UKM. Kedai ni terletak bersebelahan dengan Restoran Soho di sebelah kiri jalan jika korang datang dari arah tol Kajang lepas traffic light (area sebelum deretan stesen minyak). Design dalam restoran ni agak cantik sebab stail macam makan dalam rimba, ada buluh, atap rumbia, effect air dan lampu yang menarik dan persekitaran bersih.

Demi mengimbau kenangan zaman remaja yang indah, saya ke restoran ni semula petang tadi. Ok saya tipu, sebenarnya saya dan Mr F tiba-tiba rasa mahu makan steak murah (save bajet sebab hujung bulan poket kering tapi nak jugak makan sedap.hehe).




Cawangan lain: Rimba Cafe, Seksyen 6 Bandar Baru Bangi (depan Tasik Cempaka)



Longan Ais. Not bad


Mr F's Capuccino Ais
agak cair.


Mr F's: Grilled Chicken Chop
Sedap. Not bad
Harga: RM10.50


Saya punya: Grilled Lamb Chop
Ok lah
Harga: RM11


Komen: Harga Ok, boleh tahan murah atau standard. Rasa 4/5 (kredit untuk fries dan coleslaw). Kualiti 3.5/5. Service 3.5/5. Kebersihan 4/5. Sesuai untuk pasangan bajet macam kami. hehehe

1 comment:

  1. Casino Guru - JTGHub
    With over 1300 slots and 충주 출장샵 70 table games and hundreds of 의정부 출장샵 table games you can play, we've got you covered. Just 청주 출장마사지 one casino welcome bonus, the 여주 출장안마 best 김포 출장샵 bonuses and

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...