Sunday 19 June 2011

Adam Seafood @ Seksyen 2, Bandar Baru Bangi

Salam dan hai.. Hari ini saya off jadi ada banyak masa untuk menulis! Mood kali ini adalah menulis dalam Bahasa Melayu. (Sekali-sekala apa salahnya kan..walaupun sebelum ini tulis BI tunggang-terbalik, broken dan vocabulary salah..harap dimaafkan ye..hehe =p)

Ok, saya akan review tentang satu tempat makan yang saya suka kunjungi bila ke Bangi, iaitu kedai makan Adam Seafood. Selalunya saya ada "masa-masa-tertentu-meroyan-nak-makan-ketam" jadi kedai ni lah yang selalu jadi sasaran utama saya. Lokasi kedai ini agak tersorok kerana berselindung di sebalik pokok-pokok, tapi dekat sangat (sebelah) dengan pasar Bandar Baru Bangi (Medan Selera Seksyen 2).




teh ais + fresh orange


 sup tulang


lala 3 rasa


ketam serbuk kari
terbaik wokkk! mesti cuba k!



Saya jamin makanan kat sini semuanya sedap dan fresh terutamanya seafood, walaupun rupa kedainya 'kurang menawan' dan kadang-kadang macam ada bau pasar sikit (sebab kedudukan kedai sebelah pasar). Masakan panas lain yang bergoreng (nasi, mee etc etc) juga ada disediakan. Sup dan tomyam di kedai ni boleh tahan sedap, kena dengan lidah pantai timur saya ni ;)

Ada juga yang kata menu Ayam Fujiyama di sini sedap, saya belum cuba lagi sebab setiap kali datang ke sini, saya stick pada menu yang sama sahaja..Mungkin lain kali boleh cuba menu lain kot ;)

1 comment:

  1. tolong publish lokasi atau peta-nya! GPS?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...