Tuesday 13 December 2011

Delifrance @ The Mines

Selamat petang semua ;) Anda dah minum petang ke belum lagi? Saya pun belum jugak, malah belum lunch lagi sebab balik kerja pagi tadi terus tidur sampai petang. Macam ni la nasib orang keje shift (dan bujang, hehe..nampak sangat malas nak masak) , sob sob..

Bagi yang tercari-cari kelainan untuk minum petang, selain dari makan simple seperti cucur atau goreng pisang (sedapnya!!) boleh la ke Delifrance. Dua gambar ni saya ambil minggu lepas semasa berkunjung ke Delifrance di The Mines, iaitu hari kedua selepas buat minor surgery cabut gigi :D Layan...


coffee
fuhh..buih dia memang menggiurkan



tuna sandwich croissant
sedap!!!


Harga makanan di Delifrance agak mahal sikit tapi berbaloi sebab sedap. Saya memang request roti croissant sebab rotinya lembut (sesuai untuk orang sakit gigi macam saya, hehe). Tengok gambar ni sahaja pun buat saya rasa terliur nak makan lagi. Nyam nyammm

Monday 12 December 2011

Mee rebus @ Heritage Food Bangsar

Hello, saya kembali lagi ke Heritage Food. Kali ini untuk deals ini ;D


RM7 for Johor Laksa or Mee Rebus Johor + Cucur Pisang (70% discounts)
source: webuy.com.my

Seperti review saya sebelum ini, saya memang sangat berpuas hati dengan deals daripada Heritage Food. Walaupun kupon dibeli dengan harga 70% daripada harga asal, tapi memang berbaloi-baloi dan layanan yang diberikan oleh pelayan amat memuaskan. 

Anda akan dapat bentuk makanan seperti dalam gambar menu. Memang best lah petang-petang makan mee rebus dan cucur pisang. Tengah hujan pulak tu.. Sedapnya! memang layan habis.. Dan untuk pengetahuan semua, walaupun anda makan di sini dengan harga asal, the price is still reasonable and affordable..


bandung soda (add-ons)


mee rebus
not bad


cucur pisang
terbaik!!
sedap dan mantap


Untuk harga dan rasa makanan, kebersihan serta service, saya bagi 4/5. Well done Heritage Food Bangsar and please keep it up ok ;)

Kalau anda rasa nak cuba makan, ini alamatnya:

Heritage Food
No 51, Jalan Telawi 3,
Bangsar Baru, 59000
Kuala Lumpur

Contact Number
03-22828862

Business Hours:
Daily
8.00am12.00am



Untuk direction ke Heritage Food, anda boleh baca post saya sebelum ini di sini.

Friday 9 December 2011

pengalaman cabut gigi geraham bongsu (minor surgery)

Setelah hampir 4 bulan berlalu, akhirnya tibalah hari yang bersejarah dalam hidup saya, hari yang ditunggu-tunggu dan mendebarkan... Cewah..cakap macam nak kahwin je kan..;p Sebenarnya saya telah ke Hospital Kajang untuk minor operation cabut gigi geraham bongsu (gigi paling last tumbuh). Sebelum ini saya telah ceritakan keadaan gigi saya yang sakit dalam entri ini. Sekarang saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang proses sepanjang surgery kali ini.


Saya sampai lambat 10 minit di Klinik Pakar Pergigian, Hospital Kajang kerana jalan sedikit jem dan masalah mencari tapak parking yang terhad dalam kawasan hospital. Nasib baik buat appointment dan tak ramai orang di klinik pada waktu itu. Setelah lebih kurang setengah jam menunggu, barulah saya dipanggil ke bilik rawatan. Mula-mula doktor (nama doktor tu, Dr. Akma) terangkan kepada saya prosedur yang akan dijalankan serta risiko dan komplikasi yang akan dihadapi. Kemudian saya diminta menandatangani borang kebenaran melakukan minor surgery. Takut juga lah nak cabut gigi sebenarnya sebab dah pernah rasa sakitnya macam mana..Rasa macam nak mati je, huhu..( Ok, ini over ;D)

Tak lama selepas tu saya dibius dan dibiarkan beberapa minit.  Besar jugak jarumnya tu..masa mula-mula kena inject di gusi, rasa sakit sedikit tapi lama-lama rasa kebas sebab bius tu mula menunjukkan kesan.. Dr Akma dan pembantunya membersihkan muka saya di sekitar mulut, dagu dan pipi kemudian badan saya dibalut dengan kain pembedahan yang berwarna hijau tu..dan mata saya pun ditutup jugak dengan kain.. Barulah pembedahan bermula..


Dr Akma dan pembantu tengah buat persiapan untuk minor surgery
Saya tengah ambil gambar dari kerusi pembedahan


Masa dibedah tu saya dpt rasa doktor tengah potong gusi saya dengan pisau. Kemudian, ada bunyi-bunyi macam mesin potong besi tu, mungkin dia potong tulang rahang saya untuk keluarkan gigi geraham yang tertanam dalam gusi (sebelum ni Dr Akma dah beritahu dia akan potong sedikit tulang rahang). Siap ada bunyi ketuk-ketuk bagai lagi sebab nak keluarkan gigi saya yang comel tu..


mesin macam ni la bunyi dia yang seram tu..
Tapi bukan mesin nie, mesti ada mesin khas untuk pergigian kan?
(sumber: google)


Setelah 30 minit berhempas pulas, barulah gigi saya berjaya dikeluarkan sepenuhnya. Tapi gigi ada pecah sikit lah doktor cakap sebab susah nak keluarkan. Hasil daripada pembedahan ni, saya kena 4 jahitan. Doktor Akma beri saya 3 hari MC, dan kos rawatan adalah percuma kerana saya menggunakan GL.. Untung juga kerja gomen nie kan..Alhamdulillah tak payah keluarkan duit untuk rawatan. Minggu depan saya ke klinik lagi untuk buka jahitan tu..

Saya minta untuk bawak balik gigi tu sebagai kenang-kenangan. Haha, tak senonoh kan? Kemudian saya ke farmasi dan ambil ubat. Ada 2 jenis ubat sahaja iaitu ubat kumur dan ubat fungsinya macam painkiller, nama dia Ibuprofen.


ini lah gigi geraham saya yang telah berjaya dibuang


menunggu giliran untuk ambil ubat


Farmasi pesakit luar Hospital Kajang


Selepas itu saya ke Warta Bangi, beli beberapa barang keperluan. Sempat juga lah singgah di Mc D membeli bubur ayam, sebagai preparation untuk makan malam sebab Dr Akma nasihatkan supaya makan benda lembut dan sejuk. Sampai di rumah, masa nak ambil wuduk untuk solat asar saya terlupa kumur hanyalah sunat, tak kumur pun tak apa. Dengan selamba saya kumur, memang pedih sangat-sangat dan ngilu sampai menitis air mata saya sebab pedih sangat. Lagipun mulut masih bleeding. Saya terpaksa kemam kapas dalam mulut semasa solat. Nasib baik tak lama lepas tu Mr F call dan beritahu tak payah kumur, jadi bila solat maghrib agak selesa sikit lah.. gusi saya masih ada bleeding sampai ke pagi.. Nak makan bubur pun azab juga lah, terus telan je kerana dalam mulut tengah kemam kapas.. nak bukak kapas kang takut tertelan dengan darah sekali.. Malam tu jugak bibir saya membengkak macam bibir Angelina Jolie. Rasa sengal-sengal macam kena cucuk duri.


cam ni la lebih kurang bengkaknya
hihi ter'over' pulak
(sumber: google)


Hari kedua, nasib baik bila dah pagi tu bleeding dah stop. Dah boleh kumur slow-slow dan lunch masih makan benda lembut. Tapi petang tu saya bedal jugak lah tuna croissant kat Delifrance di The Mines (tengah sakit pun sempat lagi berjalan-jalan) hehehe..;p Alhamdulillah, satu perkara yang saya sentiasa bersyukur, sakit macam mana pun saya masih dapat nikmat merasa makanan dan masih ada selera makan... ;)

Hari ketiga, dah banyak improvement cuma pipi saya bengkak sedikit lah. Kalau tengok betul-betul memang nampak kesan bengkak. Nak bercakap banyak pun tak boleh.. Saya cuma mampu sapu minyak angin untuk kurangkan bengkak tu.. Sekarang masih lagi rasa sengal dan ngilu. Saya harap esok keadaan saya bertambah baik.. Kawan-kawan doakan saya cepat sembuh k..Setakat ini sahaja yang saya dapat kongsikan.. Nanti saya akan update tentang review makan-makan bila sempat. Till then..;)




p/s: Apa pun banyak pengajaran saya peroleh daripada pengalaman ini, antaranya ialah jaga gigi dengan baik dan sentiasa berjumpa doktor gigi untuk periksa keadaan gigi. Jangan tunggu sakit dulu baru jumpa..Lepas ini saya akan cuba buat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya 12 bulan sekali untuk scaling gigi.. ingat, sayangilah gigi anda sebelum terlambat... ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...