Monday 22 August 2011

Pengalaman sakit gigi geraham bongsu

Malam 17 Ramadhan, saya diserang sakit gigi yang abnormal. Rasa berdenyut-denyut di rahang dan sakit kepala yang ekstrem serta demam dan selesema. Dah la masa siang tu saya keluar bergembira dengan kawan di jalan TAR. Shopping raya lah katakan sebab bonus dah masuk. Kawan saya buat lawak, katanya saya kena curse sebab sepatutnya Hari Nuzul Quran kena baca quran, bukannya pergi berjalan. Ok lawak itu sangat sinis! -_-"

Pagi esoknya dengan perasaan yang tak dapat ditahan-tahan lagi saya terus ke klinik di Bangi. Mula-mula saya pergi ke klinik swasta kononnya sebab nak cepat, tak nak beratur panjang di klinik kerajaan. Menurut doktor, gigi bongsu saya nak tumbuh tapi tak cukup ruang jadi dia tumbuh melintang dan menolak gigi depan sebab tu lah rasa sakit dan gusi membengkak. 

macam ni la gigi saya. ia dipanggil horizontal wisdom tooth.



Doktor tak pasti sama ada satu atau dua batang gigi yang perlu dicabut, jadi doktor bersihkan dulu gigi saya (scaling and polishing) lepas tu barulah mulut saya kena x-ray.


imej x-ray gigi saya.. 
sebijik macam lakaran gigi yang saya google di atas tu kan?
anak panah: gigi bongsu kesayangan saya yang tumbuh melintang


Nasib baik tak ada bahagian yang berlubang, jadi doktor advice supaya saya buat removal gigi melalui minor surgery. Tak boleh cabut macam biasa kerana keadaan pertumbuhan gigi saya yang agak complicated. Kemudian doktor bagi buat appointment pada hari selasa, mungkin tunggu bengkak surut dahulu baru boleh remove gigi. Kos untuk scaling and polishing, x-ray serta ubat penahan sakit dan antibiotik, semuanya berjumlah RM135. Kaching!! (ada bunyi mesin duit di situ ye).. Kos untuk buat minor surgery? Pekerja klinik di kaunter tu cakap RM450+. Mulut saya terus ternganga. Masa tu terbayang-bayang duit bonus sedang melambai-lambai selamat tinggal pada saya.



Tak boleh jadi ni! Jadi saya buat keputusan untuk ke klinik gigi Bangi. Masa tu dah pukul 2 petang, sepatutnya sesi untuk appointment rawatan sahaja. Masa mula-mula saya jumpa nurse di kaunter pun dia bertegas supaya saya datang esok pagi. Harapan saya hampir musnah, tapi saya cuba juga lah buat muka kesian mintak ihsan dengan nurse tu, saya cakap sakit sangat tak boleh tunggu dah. Berkat usaha saya, nurse tu pun macam kesian tengok saya jadi dia suruh saya isi borang dan ambil no giliran. YES!! Alhamdulillah..terima kasih la Kak Misi ye, kakak sangat baik dan cantik!!

Saya menunggu lebih kurang dalam sejam jugak la sebelum dapat berjumpa dengan doktor. Disebabkan klinik tu tak ada peralatan yang mencukupi, dia terpaksa forward kes saya ke Pakar Bedah Mulut di Hospital Kajang. Appointment pada 9 September 2011, iaitu selepas raya. Saya hampir hilang akal sebab kena tunggu lama sangat, masa tu memang tak tahan sakit. Balik rumah saya terus bukak puasa dan makan ubat. Ok kantoi tak puasa tapi nak buat macam mana, memang tengah sakit tak boleh fikir apa dah. Huhu..

Sekarang ni dah masuk hari ke 6 saya sakit gigi. Memang terpaksa bergantung pada painkiller sahaja, itu pun masih terasa sengal-sengal di gusi.. Nasib baik selesema dah makin baik walaupun hidung kadang-kadang tersumbat. 

menu berbuka dan sahur: painkiller, antibiotics, ubat demam

Tak pe lah saya cuba bertahan.. Orang kata sakit ni penghapus dosa-dosa kecil. Think positive ok!! Sila doakan semoga saya dapat mengharungi hidup ini dengan tabah sehingga 9 September ni ye. (ceh..ayat macam nak mati dah kan..? huhu) Saya akan update cerita tentang sakit gigi ni lagi selepas minor surgery tu..Sekian sahaja untuk hari ini.. Salam dan selamat berbuka puasa ;)



*Apa pun saya sangat bersyukur kerana masih lagi dapat merasa pahit, manis, masam, masin makanan dan saya masih lagi berselera makan walaupun sakit gigi dan demam. Sekurang-kurangnya Allah tak tarik semua nikmat dari saya. Tuhan masih mengasihani saya...Alhamdulillah!

5 comments:

  1. Selamat siang bapak/ibu,maaf numpang promosi ya,,kami dari MEDIONE ..Perusahaan kami bergerak dibidang jasa rumah sakit diluar negri, diantaranya :
    *Malaysia (Pantai & Gleaneagles,Mount Miriam, Sunway Medical Center)
    *Singapore (Parkway Group,NUH,Tan Tock Seng,Singapore General Hospital)
    *Thailand (Bumrungrad)
    *Australia (Royal Children ,Health Scope Group)
    Kami dapat membantu bapak/ibu memberikan informasi pengaturan RS, temu janji dokter,Transportasi dan akomodasi ,secara gratis,yang dapat memudah kan anda dalam melakukan pengobatan / medical check up di luar negri.Bapak/ibu dapat menghubungi kami di
    021-45645694 / 085694454757
    email : admin@medione.co.id
    medione.hc@gmail.com

    Demikian informasi dari kami semoga bermanfaat

    Terima kasih
    MEDIONE

    ReplyDelete
  2. Background yang simple. Gambar yang tidak terlalu banyak. Susunan rangkap perkataan yang kemas.

    ReplyDelete
  3. Sy rasa mcm sis rasa.. Sakit dia hanya Allah yg tahu.. Demam selsema bengkak gusi sakitnyaa.

    ReplyDelete
  4. Sy rasa mcm sis rasa.. Sakit dia hanya Allah yg tahu.. Demam selsema bengkak gusi sakitnyaa.

    ReplyDelete
  5. Sy rasa mcm sis rasa.. Sakit dia hanya Allah yg tahu.. Demam selsema bengkak gusi sakitnyaa.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...