Thursday 24 November 2011

Heritage Food Bangsar

Heritage Food deals at everyday.com.my


Kupon dibeli di Everyday.com.my dan saya telah redeem selepas pulang dari spa treatment di Soulmate Beauty. Mengikut coupon terms, saya perlu buat reservation satu hari sebelum tarikh nak redeem coupons. Tapi disebabkan tak ada hal lain yang nak dibuat petang ahad tu, saya pun gamble sahaja call Heritage Food dan booking table untuk dua orang pada petang itu juga dalam pukul 6 petang (sebelum tu booking pukul 8pm tapi sebab dah sampai awal di Bangsar, terus call mintak masuk pukul 6 ;p)


Direction ke Heritage Food senang sahaja. Daripada simpang besar depan Vista Angkasa (RapidKL LRT Universiti) jalan terus melalui masjid Universiti Malaya yang terletak di sebelah kiri. Pada traffic light kedua, masuk ke simpang sebelah kiri di mana kawasan perumahan di sekelilingnya. Jalan terus sehingga jumpa simpang tiga yang ada traffic light kemudian ke kanan. Jalan terus sahaja sehingga ternampak signboard Jalan Telawi dan ambil kiri pada traffic light tersebut. Jalan terus dan ambil mana-mana simpang di sebelah kanan. Heritage Food terletak di Jalan Telawi 3 menghadap bangunan Bangsar Village. Mudah sahaja kan? ;)

Ya, memang mudah jika sudah tahu jalan. Sebelum tu penat juga lah kami berpusing-pusing di sekitar Bangsar mencari kedudukan restoran ni dan, masalah utama ialah mencari tempat parking sebab parkir di Bangsar sangat terhad sampai berlapis-lapis dan ada juga yang park di kawasan perumahan. Disebabkan dah 7 kali tawaf (kalau gi haji mungkin saya sudah dapat gelaran Hajah Ija) tapi tak juga jumpa parking kosong, jadi kami park kereta di tepi simpang jalan kawasan perumahan. Tawakal sahajalah..


Review saya:

Setibanya kami sampai, kami disambut mesra oleh staff di Heritage Food. Nasib baik restoran agak lengang time tu, jadi kami memilih untuk makan di dalam yang ada air-cond (di luar ada beberapa customer  tengah makan). Rasa macam special pula sebab hanya kami berdua duduk di dalam. Kami memilih tempat yang ada sofa. Suasana kedai agak cozy dan tenang. WiFi available dan ada tv.


interior design Heritage Food Restaurant


the menu booklet


Pesanan dibuat dan kami menunggu sekitar  15 minit kemudian barulah hidangan sampai.
Dengan kupon ini saya dapat Bangsar Grilled Lamb (5 pieces), Ice Lemon Tea dan Tembikai (as dessert)

the dish
Bangsar Grilled Lamb (5 pieces)+Ice Lemon Tea

Untuk rasa makanan, tak dinafikan one of the best dish di Heritage Food nie adalah Bangsar Grilled Lamb. Rasanya memang sedap walaupun ada rasa manis sikit dan 5-piece lamb memang banyak dan mengenyangkan perut. Tapi sos dia dalam piring kecik yang kaler hijau rasa pelik sikit sebab rasa masam dan mint (saya rasa dia letak pudina). Saya bagi total 4/5 untuk makanan, service dan kebersihan restoran.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...