Sunday 13 November 2011

Soulmate Beauty, Kepong (Highly Recommended)

“Walaupun jeans yang lusuh kelihatan hebat dengan kedutan dan corak-corak akibat tekanan, anda tidak boleh menyamakannya dengan tubuh anda. Jika anda rasa seperti mahu melakukan satu atau lebih rawatan kecantikan, Soulmate Beauty memberi peluang untuk anda menikmati sehingga lima rawatan dengan hanya RM28 setiap rawatan.” – quote from dealmates.com


printscreen of Soulmate Beauty deals at dealmates.com
Promotion ends 17 November 2011


Terdapat lima rawatan yang ditawarkan iaitu Natural Radiance Treatment, Aroma Rose Therapy Body Scrub Treatment, Intensive Bust Treatment,  Full Body Detoxifying Slimming Treatment dan Ovarian Treatment.

Berikut merupakan penerangan tentang setiap rawatan tersebut:

i)                    Natural Radiance Treatment
    - Rawatan facial. Membantu membuang blackhead, jerawat dan melicinkan kulit muka.

ii)                  Aroma Rose Therapy Body Scrub
      - Rawatan badan yang lebih rileks. Membuang kulit mati daripada badan, menjadikan kulit lembut dan licin serta menjadikan badan rasa lebih segar dan ringan.
iii)                Full Body Detoxifying Slimming Treatment
      - Rawatan untuk menguruskan badan. Membuang segala toksin dalam badan dan menjadikan badan rasa lebih ringan dan ramping.
iv)                The Intensive Bust Treatment
      - Rawatan untuk mendapatkan bust yang lebih firm, membentuk bust dan menjadikan anda terasa lebih yakin. Apa yang penting, kaedah yang digunakan dapat membantu mengurangkan risiko breast cancer.
v)                  Ovarian Treatment
    - Rawatan untuk ovari. Selain dapat meningkatkan condition ovari, ia juga dapat membantu mencegah constipation dan gastric.


source: dealmates.com



The interior design in Soulmate Beauty Spa
(source: dealmates.com)


Saya telah membeli dua kupon di dealmates.com, pada asalnya merancang untuk redeem Natural Radiance Treatment (untuk Mr F) dan Aroma Rose Therapy Body Scrub. Atas sebab-sebab tertentu, saya telah menukar Aroma Rose Therapy Body Scrub kepada The Intensive Bust Treatment.


Review saya:

Mula-mula memang agak malu sebab first time buat bust treatment. Tapi redah je lah sebab dah confirm ambil treatment tu =p Bilik untuk setiap treatment diasingkan. Mr F ke bilik lain untuk facial treatment. Sepanjang berada dalam bilik treatment, muzik yang menenangkan dipasang dan lampu romantik dipasang dan mampu membuatkan saya rasa nak tidur. Dalam bilik tu juga memang bersih dan wangi dengan bau-bauan rose.. Sampai saya balik rumah pun masih terbau-bau rose..indah betul. hehehe

Apa yang dilakukan sepanjang 2 jam treatment tersebut? Mula-mula scrubbing untuk membersih dan menanggalkan sel-sel kulit mati, kemudian bust di massage menggunakan minyak. Agak lama jugak diurut dalam 20min. Pastu machine yang ada electrical devices digunakan dan di attach ke dada (saya rasa mungkin untuk breast cancer treatment), dalam 20-30min. Selepas itu, bust dimassage menggunakan minyak, pastu bust di pumping menggunakan machine untuk bust enhancement selama 30min. Masa pumping ni agak sakit sikit tapi tabahkan diri jugak la. Huhu.. Then lastly hot mask disapu dan badan dibalut dengan plastik. Selepas 15min, balutan dibuka dan dibersihkan menggunakan warm towel. OK Siap.


Review Mr. F:

Service bagus. Tapi Mr F tak dapat bagi explanation jelas tentang treatment yang dibuat sebab katanya dia tidur je masa treatment tu -__- Tapi ada lah dia ingat part bersihkan muka, muka di steam, banyak jenis cream yang disapu, kulit muka dipicit (saya suspect blackhead removal la kot). Tapi saya tengok lepas treatment muka dia nampak fresh, lebih cerah dan lebih licin serta nampak lebih handsome. (Kalau Mr F baca nie mesti kembang seperiuk. Haha..)

Service yang diberikan saya bagi 9/10. Layanan yang sangat-sangat bagus, staff yang mesra dengan customer. Way better than expected dan worth the price. Kalau mahal pun rasanya sangat berbaloi sebab service yang diberikan memang tip top. Boss spa tu memang sangat ramah, nama dia Sonia. Rasa rugi jugak la sebab tempoh hari saya beli 2 kupon sahaja. Kalau saya tahu best, dah lama saya grab 5 kupon terus. Haha sangat tamak kan!

Disebabkan service yang bagus tu, saya tanpa banyak soal terus ambil pakej yang ditawarkan. So next time saya nak cuba Aroma Rose Therapy Body Scrub dan Natural Radiance Treatment. Saya akan update review bila ke sana lagi nanti ok ;D

Spa ini dibuka setiap hari. Lagi senang ke sana semasa weekdays sebab weekends biasanya penuh. Kepada sesiapa yang berminat nak cuba, berikut alamat Soulmate Beauty :

Soulmate Beauty
No.22-1, Jalan Metro Perdana 8,
Taman Usahawan, Kepong,
Federal Territory 52100.

03-6257 9923



1 comment:

  1. How to deposit real money at a casino site - Lucky Club
    › how-to-deposit-real › how-to-deposit-real A virtual currency is the way to deposit real money on a casino. Real money games are a popular feature of many casino operators because their games are  How luckyclub do you deposit real money at a casino site? How do you pay real money on a casino site?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...