Thursday 24 November 2011

Late dinner @ Wild Basil, Solaris Dutamas

Bought more food deals! Hehehe..kiranya untuk stok makan sedap 1-2 bulan ke hadapan saya sudah plan elok-elok mengikut jadual ;D Semalam saya dan Mr F ke Solaris Dutamas untuk deal ini kerana ia sudah menghampiri expired date (voucher redemption period pada 27 Oktober 2011 sehingga 27 November 2011).

deals ini dibeli di milkadeal.com.my



Saya mendapat diskaun sebanyak 48% untuk satu set Jumbo Chicken/ Beef Burger dan satu gelas minuman (100 plus/coca cola/iced lemon tea) dengan harga RM10.90 berbanding harga asal iaitu RM21. Penjimatan yang hebat, kan? ;)

Direction ke Solaris Dutamas agak mengelirukan pada mulanya kerana kami sudah tersilap pusing di area Jalan Duta (biasalah bila kali pertama ke satu tempat yang kita tak familiar, mesti tersesat jalan kan?). Sebenarnya ia lebih dekat dengan Hartamas, iaitu di kawasan bangunan kerajaan. Wild Basil terletak di tingkat dua Bangunan Publika, Solaris Dutamas. Parking pada waktu malam semasa weekdays sangat lengang dan agak murah (kami park lebih kurang 1 jam di basement, caj RM1 sahaja).


Review saya:

Sampai di Wild Basil, saya dan Mr F disambut mesra oleh staff di sana. Kami diberi tempat yang sudah dibooking tapi kami memilih untuk tukar dan duduk di sofa kerana tak ramai orang time tu. Service bagus, persekitaran dalam kedai bersih, kemas dan cantik. 

kaunter yang nampak agak kemas
sumber: milkadeal


tempat duduk yang selesa (di bahagian dalam)
Boleh juga duduk di luar bagi yang suka lepak-lepak sambil hirup udara luar
sumber: milkadeal


(gambar dari kamera handphone saya yang tak seberapa)
kami duduk di seat macam sofa ni..
sangat selesa sambil menonton bola Malaysia vs Syria


Masa menunggu makanan dihidangkan agak cepat dan kami mendapat makanan seperti dalam gambar. Kemudian ujian merasa bermula (bukan merasa tapi melantak sebenarnya, hehe). 

2 sets Jumbo Beef Burger + Iced lemon tea
(for me & Mr F)
sangat sedap!

Untuk fries, saya bagi 4/5 sebab memang sedap dan tak memuakkan. Untuk beef burger, saya bagi 4.5/5. Sedap sangat dan cukup rasa. Daging burger tebal, empuk, padat, fresh dan juicy..Yummy!! Bukan rasa kering macam burger yang kita selalu makan. Dan tak ketinggalan, saya nak bagi 4.5/5 untuk iced lemon tea. Rasa dia sedap manis bukan rasa kelat macam yang selalu saya minum, tak tahu lah nak describe macam mana (atau adakah saya yang terlalu lapar waktu itu? =p) Secara keseluruhan, semua sedap bagi saya. Mungkin lain kali boleh cuba menu lain pulak ;D

Highly recommended kepada sesiapa yang mahu mencuba. Service dan masa menunggu saya bagi 4/5 bintang. Wild Basil dibuka pada hari Isnin- Sabtu (12 tengahari sehingga 10 malam) dan ditutup pada hari Ahad. Anda boleh mengunjungi Wild Basil mengikut alamat di bawah:

Wild Basil

A2-G2-05, Solaris Dutamas, No 1 Jalan Dutamas 1,

Kuala Lumpur 50480, 
MY



Nak tengok menu di website mereka pun boleh. Sila klik di siniWild Basil juga ada cawangan di MidValley dan Pavilion.


Mid Valley Stall 14
 Western Food, 3rd Floor, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.



Pavilion Stall No.11
(Lot 1.42.00) Level 1, Pavilion Shopping Mall, 168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

T: 603-2142 4981
F: 603-2142 6006


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...