Friday 1 July 2011

Masak-masak di hujung minggu (gulai ketam terbaik)

Selamat menyambut Saiyyidul Ayyam! Saiyyidul Ayyam bermaksud penghulu segala hari, iaitu merujuk kepada hari Jumaat. Kalau di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Jumaat adalah merupakan hari cuti hujung minggu. Memang best kerana pada waktu ini semua ahli keluarga duduk berkumpul di rumah dan makan tengahari bersama.

Saya masih lagi di kampung yang tercinta. Tengahari tadi saya dan kakak sama-sama bergabung tenaga membantu Ma di dapur. Menu juadah untuk hari ini adalah Gulai Ketam, kerabu taugeh, daging masin goreng dan air sirap bandung. Semalam kakak saya telah membeli 4 ekor ketam yang sangat sihat gemuk di mana isinya padat dan sangat fresh. Beliau beli di jeti dengan harga yang saya kira sangat murah berbanding dengan harga di KL.

Saya akan tunjukkan cara-cara bagaimana memasak gulai ketam yang lazat nie. 
Check it out ;)

Berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan:




Cara-cara memasak gulai ketam:

1.  Panaskan minyak di dalam kuali yang besar


2. Goreng bawang yang dihiris halus sehingga garing


3. Masukkan bahan tumbuk (bawang putih, bawang merah, halia). 
Goreng sehingga naik bau


4. Masukkan rempah tiga sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang)


5.  Masukkan rempah serbuk kari yang telah dilarutkan dengan air


6. Masukkan cili boh. Goreng sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air asam jawa.


7.  Masukkan santan cair.


8. Masukkan ketam yang telah dipotong tadi. Gaulkan dan biarkan dalam kuali hingga menggelegak. Masukkan garam.


9.  Masukkan santan pekat. Kacau hingga rata.


10.  Masukkan manisan (atau dikenali sebagai gula Melaka) dan kerisik kelapa secukupnya.
Biarkan hingga menggelegak seketika. 
Kemudian kecilkan api dan biarkan sehingga ketam masak.

SIAP!!



Hidangan gulai ketam memang sesuai untuk makan tengahari atau makan malam.
Makan bertambah-tambah tak hengat dibuatnya. Thumbs up ;D
Mari Layan~~
Selamat Mencuba!


*lupa nak buat watermark pada setiap gambar. lain kali lah yea =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...