Monday 4 July 2011

Colourvue..I'm In Love (^^,)

Salam. Sudah 7 hari saya berada di kampung halaman menghabiskan masa cuti bersama keluarga tercinta. Malam esok saya akan pulang ke KL dengan semangat bekerja yang baru.. Best ye bercuti di kampung sebab asyik makan sedap hehe (haruslah sedap sebab mak yang masak kan! *sila jeles k) =D

Untuk post hari ini, saya nak berkongsi tentang colour lense.

**Untuk pengetahuan semua, saya adalah seorang yang rabun sejak form 3 lagi. Saya mula memakai contact lense semasa di Form 5 kerana terlibat dengan sukan hoki jadi agak sukar jika saya memakai cermin mata kerana sukan ini agak lasak. Bermula dengan power 75-100, power mata saya bertambah setiap tahun, sekarang 425-450. Hebat kan=D

Sebelum balik kampung tempoh hari saya telah melakukan sedikit kajian/survey tentang jenis-jenis lens sebelum mengambil keputusan membeli colourlens jenama Colourvue. Salah satu sebab saya beli lens ni, kerana contact lens saya dah expired dan terkoyak =’( Satu sebab lain, tiba-tiba rasa nak menggedik pakai contact lens colour =D


Colour Lenses
Jenama: Colourvue
Warna: Party Green (15mm)
*tiba-tiba terasa mahu lebih berani cuba warna selain warna natural =D



Harga Colourvue agak mahal sedikit (RM90) berbanding dengan colour lens lain. Saya tempah Colourvue di Bangi kerana stok untuk power mata saya sudah habis. Sebelum ini saya pernah pakai jenama Freshlook dan jenama Geo (contact lense Korea). Murah, tapi kurang selesa dan baru je pakai 3 kali mata rasa pedih dan panas walaupun pakai tak sampai 4 jam. Saya takut terkena infection jadi saya stop pakai.

Melalui pembacaan dari beberapa blog, memang ramai yang sarankan Colourvue kerana keselesaannya. Lenses ini boleh dipakai selama 3 bulan lamanya. Kira orait la tu kan?


Review saya:
TERBAIK! First time pakai saya rasa sangat selesa. Saya mula pakai pada pukul 7.30 pagi, keluar ke HUSM Kubang Kerian (temankan Ma ke hospital) dan pulang ke rumah sekitar jam 1 tengah hari. Rasa macam tak pakai contact lens pun! Sekarang saya dah pakai dalam 4 kali, hasilnya masih sama. Masih rasa selesa walaupun berada dalam bilik aircond. Saya akan cuba pakai lebih lama untuk lihat tahap ketahanan dan keselesaan lens ini, sebabnya saya kerja 12 jam (shift siang) jadi mudah-mudahan Colorvue dapat bertahan selama saya bekerja nanti.


gambar mata belah kiri blur pulak


ha..yang ni lebih jelas dan mata jadi besar dan bersinar-sinar kan?
warna lense nampak lebih natural




saya berusaha buat muka comel
Ada gaya macam model Colourvue tak? hehe


Tips penting: 

#1 Pakai lenses yang bersaiz besar iaitu 15mm ke atas. Lebih besar saiz lebih bagus sebab selain nampak comel, ia tak menggangu penglihatan anak mata kita dengan corak-corak sekeliling lenses tu. Err, harap anda paham apa yang saya tulis ni=D 

(sebelum ini saya pernah pakai lenses 14mm, sangat x selesa sebab penglihatan terasa kabur dan kena selalu kelipkan mata, saya rasa mungkin disebabkan saiz dan corak2 sekitar lense tu kot?)

#2 Handle lenses with care. Jangan kasar sangat sebab takut lenses terkoyak. Baca dan ikut arahan yang diberikan pada label kotak lenses yang anda beli.

#3 Mahu lebih selesa? Gunakan all-solution seperti jenama Opti-free atau COMPLETE. Walaupun harganya agak mahal, tapi memang sangat-sangat selesa guna solution jenis ini. Sebabnya? Solution ini adalah all-in-one solution, iaitu sesuai digunakan untuk semua purpose seperti membersih, membilas dan menyimpan contact lense setelah dipakai ;)

*Amaran: saya tak ambil sebarang profit dengan promote contact lense Colourvue. Sekadar review mengikut pengalaman sahaja. I hope this article is not offensive k? ;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...