Thursday 29 September 2011

Outstation to Melaka Part II

Semalam saya sudah bercerita tentang kerja dan tempat penginapan dalam Outstation to Melaka Part I. Sekarang saya akan ceritakan mengenai kunjungan saya ke Zoo Melaka. Semasa on the way ke zoo saya telah terlepas simpang jalan ke zoo (kerana ia terletak di sebelah kanan jalan, FYI jalan di dalam Bandar Melaka banyak jalan satu hala). 

Oleh itu saya terpaksa membuat U-turn untuk masuk ke jalan menghala ke arah zoo. Saya tak pasti idea siapa lah yang bijak sangat suruh saya buat U-turn di tempat larangan U-turn. 


flashback lokasi tempat kejadian
dah terang-terang tanda tak boleh u-turn kan -_-"

Dengan tak semena-sema lepas sahaja buat U-turn di situ, tiba-tiba kami telah dikejar oleh polis trafik yang memandu motor berkuasa tinggi. Tak tahu lah dari mana dia muncul, mungkin sedang ronda-ronda sekitar tempat kejadian. Beliau memberi isyarat supaya saya berhentikan kenderaan di bahu jalan dan meminta lesen memandu saya. Dengan confident saya berikan lesen memandu saya. Rupa-rupanya lesen memandu saya telah tamat tempoh (seminggu jugak lah expired) -____-"

Beliau mula-mula nak bagi dua saman, satu sebab buat U-turn pada tempat larangan. Yang kedua sebab lesen memandu expired. Saya pun merayu dan muka buat kesian, akhirnya beliau bersetuju untuk bagi satu saman sahaja, iaitu saman lesen expired =S Masing-masing dah buat muka bengang, tension dan tak ada mood dah nk ke zoo. Tapi akhirnya pergi juga lah untuk mengubat duka di hati sebab kena saman (salah sendiri jugak sebenarnya). 

Ok, mari kita lupakan hal kena saman dan mari lah bercerita tentang Zoo Melaka. Kami masuk dalam pukul 4.30pm dan berada di sana dalam masa dua jam (Zoo Melaka tutup pada pukul 6.30pm dan dibuka semula pukul 8.00pm night zoo). Harga tiket RM7 (dewasa) setiap seorang. Jom layan gambar-gambar di sekitar Zoo Melaka ni k :)


bergambar manja di hadapan sekawan burung kakak tua


kuda kenit
awas, nampak kecil tapi suka menggigit!


persembahan tarian tiang oleh zirafah


ini ialah badak sumbu


sang kancil
kecil seperti kereta kancil


seladang tengah berak
besar dan tough giler body dia..


sapi (kot)



rusa/pelanduk yang cantik sedang meragut rumput


pelbagai jenis spesies burung


yang ni rusa jugak kot..saya tak ingat sangat nama-nama nya banyak sangat


bergambar bersama replika kura-kura.. 
ada gambar kura-kura betul tapi malas nak upload. hehe


burung unta sedang berehat-rehat
comel je dia duduk di situ diam-diam ;D


binatang ini agak keji kerana sedang mengendap awek di kandang sebelah


harimau bintang


pak belang ;S


singa the lion king


burung serindit


burung apa ntah nama dia
dia berbunyi macam orang sedang menangis dan memanggil-manggil emaknya
mengikut mitos, orang kata dia anak derhaka yang bertukar menjadi burung
boleh caya ke??


burung enggang


bergambar bersama-sama gajah
muka nampak sangat letih


Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang saya ambil tapi tak larat nak upload semua. Secara keseluruhan, Zoo Melaka memang best dan banyak sangat binatang yang kita boleh lihat dari pelbagai jenis spesies. Mungkin lebih seronok kepada ibu bapa untuk bawa anak-anak ke sini. Saya cadangkan supaya sesiapa yang berminat untuk mengunjungi zoo ini supaya datang lebih awal kerana memang xpuas berada di dalam zoo ini, at least dalam 2 jam juga untuk buat satu pusingan lengkap ;)

Selepas melihat aksi-aksi binatang di zoo tu, mood kami kembali ceria dan berjaya melupakan tentang hal kena saman tu.. Ye lah.. diorang memang la boleh lupa sebab saya yang kena bayar saman tu.. -_-" tak pe lah, pengalaman ni memang tak boleh dilupakan sampai bila-bila dan beri pengajaran juga agar jangan langgar peraturan jalanraya. Sama-sama lah kita beringat ye kawan-kawan...

Selepas keluar dari zoo, kami terus pulang ke KL dengan seribu pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan ;)



*saya telah check di website, jumlah saman untuk lesen expired ialah RM70. Phew! lega sangat-sangat sebab ingatkan kena bayar dalam RM300. hehehe nasib baik... =p


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...