Wednesday 28 September 2011

Outstation to Melaka Part I

Salam. Sejak kebelakangan ini saya agak sibuk menghadiri open house kawan-kawan. Kali ini saya akan update cerita tentang pengalaman pertama saya outstation (overnight) di Melaka disebabkan tuntutan kerja. Saya ke Melaka pada hari Rabu lepas, 21 September kerana perlu monitor kerja-kerja maintenance alat di Pelabuhan Tg. Beruas, Tanjung Keling.

Banyak kerja-kerja yang telah dilakukan, antaranya ialah backup data, pembersihan alat, calibrate alat, ukur tide level dsbnya lagi.


pekerja dari MAST tengah copy data


Saya dan rakan membantu bersihkan tiang tide gauge nie
Besi ni penuh dengan teritip yang melekat di sekelilingnya


pekerja sedang mengecat semula besi-besi untuk mengurangkan 
risiko karat dan pembentukan rumah teritip


kerja-kerja mengukur tide level


Tempat alat tide gauge berdekatan dengan pelabuhan, jadi ambil kesempatan 
bergambar bersama kapal-kapal kontena


Hari pertama di pelabuhan memang sangat memenatkan. Seharian berjemur di bawah panas matahari menjadikan kulit saya terbakar seperti biskut raya dalam oven (T_T)

Sebelah petang, kami check in di Klebang Beach Resort kerana ia berdekatan dengan pelabuhan.

rakan-rakan saya sedang register untuk check in bilik
lokasi: Klebang Beach Resort Melaka


Deluxe Room (breakfast included)
Harga: RM 145
Kami dapat government servant price, RM130.50 (10% off)
Conditon: view ok, bertentangan dengan pantai. Bilik baru. 
Ada tv, peti ais mini, almari baju, water heater, aircond
cuma kureng kat part shower cam tak leh control dia punye volume -_-"


view dari bilik resort: ada playground kecil untuk kanak-kanak


view dari bilik resort: Bertentangan dengan swimming pool
saya dan rakan sempat merasa mandi di sini pada waktu petang lepas balik dari port ;)


area swimming pool
pemandangan yang sangat cantik sebab sebelah dengan pantai


Pada waktu malam, kami ke Pantai Puteri untuk makan malam. Kami telah bertanya receptionist di kaunter hotel di mana tempat makan yang best. Beliau telah menunjukkan arah ke sebuah kedai makan di kawasan Pantai Puteri. Kedai tersebut terletak di tepi jalan, berdekatan dengan pantai dan mudah dicam kerana lampu seluruh kedai itu berwarna merah.


Menu makan berhidang: nasi putih, tomyam seafood, 
kailan ikan masin, udang celup tepung, sambal belacan, ikan siakap stim lemon.
Minuman: fresh orange, teh o ais dan tembikai

Harga total (3 orang makan): RM60

Review saya: 
Ikan siakap stim lemon dan tomyam seafood sangat superb! 
Harga ikan siakap tak kira saiz dan berat, seekor dikira RM30
udang celup tepung kureng sikit sebab tak rangup tapi overall sedap 
jadi saya suggest kamu cuba makan di kedai ni k. Murah dan sedap sangat ;)

Selepas makan, kami bersiar-siar di bandar Melaka dalam lebih kurang sejam. Kemudian balik ke hotel untuk berehat memandangkan semua sudah penat dan rakan saya ada yang tertidur dalam kereta -_-"

Esoknya, kami menyambung lagi kerja-kerja maintenance. Selepas zohor semuanya selesai dan kami bersiap-siap untuk pulang. 

saya kena tandatangan borang checklist ini untuk pengesahan kerja-kerja maintenance
(wakil jabatan)
semua Ok, tak ada alat yang perlu diganti ;)


Sebelum pulang ke KL, kami singgah di Zoo Melaka. Saya akan ceritakan lagi pengalaman kami dalam Outstation to Melaka Part II.

Dalam perjalanan ke Zoo Melaka, kami singgah makan tengahari di sebuah kedai makan semasa on the way ke Zoo Melaka. Nama kedai yang kami kunjungi ialah Sham Anjung Selera. Kami berkesempatan untuk merasa asam pedas Melaka. Sedap sangat- sangat! ;)

Sham Anjung Selera
lokasi: area medan selera selepas Shell
(jika anda dari Bandar Melaka ke KL)


Menu berhidang: Nasi putih, asam pedas Melaka, Sayur campur, Sotong goreng kacang
Minuman: teh o ais dan nescafe ais

Harga total: saya tak tahu sebab kawan belanja (peace..hehe)

Review saya:
Asam pedas Melaka terbaik! sedap sehingga tak perasan orang sekeliling..hehe
lauk lain ok je..tak ada lauk lain pun tak pe..asam pedas ni paling sedap saya rasa ;)

Setakat ini sahaja yang saya mampu kongsikan dengan anda. Nanti saya akan update tentang kunjungan kami ke Zoo Melaka pula. Banyak pengalaman menarik di sana. Jadi, tunggu ya ;)


Sneak peek of Outstation to Melaka Part II (in Zoo Melaka)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...