Wednesday 19 October 2011

Product Review: My Fave Perfumes :)

Hari ini saya ingin review produk perfume. Semua orang sukakan wangian kan? Bagi saya wangian melambangkan personaliti seseorang yang bersih dan kemas. Dari sekolah lagi saya sudah berjinak-jinak dengan wangian. Oleh sebab zaman student dulu-dulu tak ada banyak duit, jadi saya banyak pakai wangian yang murah sahaja. Saya bermula dengan perfume dari produk enchanteur dan silkygirl. 

Sewaktu di universiti saya mula menggunakan perfume Bodyshop. Antara perfume yang saya pernah gunakan ialah Casis Rose, White Musk dan Oceanus. White musk- saya minat dari zaman sekolah lagi tapi sebab tak ada duit saya tahan sehingga masuk university baru lah dapat afford beli perfume nie. Kemudian saya bertukar kepada Casis Rose dan Oceanus. Semasa di U, perfume paling mahal saya beli ialah Gucci Envy Me. Baunya memang wangi sangat-sangat. Sehingga sekarang botol tu masih ada dalam simpanan saya sebab banyak kenangan dengan perfume tu.

Bodyshop perfume: White musk


Bodyshop perfume: Oceanus
bau macam coconut, musky, calming


Bodyshop perfume: Casis Rose
bau rose seperti masuk dalam kedai Lovely Lace


Gucci Envy Me
My precious perfume. Sweet memories.


Kemudian bila mula bekerja dan dapat pegang duit sendiri, saya mula mencuba perfume branded. Mula-mula saya mencuba beli perfume gred AAA sahaja sebab harga perfume original sangat mahal. Tapi sebenarnya kualiti perfume gred AAA dan perfume original adalah seperti langit dan bumi dari segi ketahanan bau. Malah, saya boleh katakan beli perfume original adalah worth buying berbanding membeli perfume yang tidak asli. Bak kata orang, alah membeli menang memakai. Berikut adalah perfume kegemaran saya mengikut turutan kesukaan.


#5

L'eau D'Issey by Issey Miyake (EDT) 
Bau floral, oriental. Wangi tapi tak tahan lama sangat sebab EDT.



#4
Incanto by Salvatore Ferragamo (EDT)
Bau fruity mcam buah-buahan yang masam. Not bad, sedap jugak.


#3
Dior Addict 2 by Dior (EDT)
Bau fruity dan fresh sangat-sangat. Mula-mula sembur baunya agak pekat tapi lama-lama bau jadi makin light. Rasa macam nak makan pun ada. Hehehe..



#2
Miracle by Lancome (EDP)
Beli di langkawi bersama kenangan yang indah. Bau wangi sangat-sangat. Tak hairan lah ramai girl yang suka bau nie. Memang tahan lama. Dah campak dalam bakul baju pun masih bau wangi ;)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

And the WINNER IS



#1

Coco mademoiselle by Chanel (EDP) 
Antara perfume yang terbaik saya pernah pakai. Bau wangi dan sexy, tahan lama gila. Sekarang da nak masuk 9 bulan saya pakai, ada lagi tinggal sikit =.=



Selain dari perfume yang saya sebutkan di atas, saya juga ada beberapa koleksi perfume yang lain seperti Gucci Rush, Tresor In Love by Lancome, Vera Wang Princess (Oh, VWP pun wangi!!) dsbnya lagi. Next perfume, mungkin saya mahu cuba Paco Rabanne XS for Women. Orang kata sedap, tak tahu betul ke tak. Hehe.. OK, till then... ;)

Thursday 13 October 2011

brunch at The Manhattan FISH MARKET Mid Valley

Mahu makan sedap dan murah? Sila register di groupon.my untuk pelbagai jenis deals yang lebih murah daripada normal price. Selain dari food deals, ada juga deals lain seperti pakej spa, pakej percutian dan macam-macam lagi. Tunggu apa lagi? Sila ke web groupon sekarang k! Hehehe saje iklan sebentar. Saya tak ambil profit pun.. Cuma promote kat kawan-kawan je ;)

Harus diakui bahawa sekarang saya sudah terkena penangan website yang menawarkan deals menarik, jika ada masa free saya akan habiskan dengan mengushar affordable deals di internet (tapi diri ini masih lagi dalam keadaan terkawal, hehe sila jangan risau). Oleh itu saya telah membeli kupon promosi 50% off untuk Giant Fried Platter di The Manhattan FISH MARKET untuk 2 orang. Saya ambil Giant Fried Platter+ 2 Tropical Breeze Mocktails yang berharga RM41.50 termasuk govt. tax dsbnya lagi (Harga sebenar RM83). Saya redeem kupon Sabtu lepas di The Manhattan FISH MARKET Midvalley.


kupon yang dibeli di groupon.my



Review saya:

Perkhidmatan- Mula beratur menunggu to be seated pada jam 3 pm. Setelah lebih kurang 40 min berdiri baru dibenarkan masuk. Lepas order, dalam 40 min baru dapat makanan. Nasib baik saya dan Mr F jenis penyabar, kalau tak dah lama hilang sabar kerana menunggu lama, dah la perut lapar gila time tu -___-".

Jiran meja sebelah saya asyik mengomel-ngomel kerana makanan yang dipesan tak sampai-sampai lagi (dia beli kupon macam saya juga lah). Meja banyak kosong tapi ramai lagi yang menunggu di luar kerana pada waktu itu kekurangan staff. Makanan pun lambat dihidang. Saya lihat ramai yang mengeluh dan bermasam muka kerana terlalu lama menunggu.

Makanan- Kami diberi set Giant Fried Platter dan air seperti dalam gambar. Satu set memang besar sangat dan ia mengandungi  fries, fish fillet, sotong, udang, nasi dan macam-macam lagi. Nasi nya memang sedap walaupun rasa bawang putih agak kuat. Fries rasa kureng sikit, dan agak memuakkan. Yang lain ok je bagi saya, menurut Mr F rasanya macam kita makan sotong celup tepung dan nugget kat kedai makan biasa. Huhuhu.. 




Apa pun kami takde lah menyesal sangat sebab bayar dengan separuh harga. Kalau ikut harga sebenar, rasa macam tak worth it sebab bad servicing quality.

Secara keseluruhan, biasa-biasa sahaja makan di The Manhattan FISH MARKET. Mungkin kualiti servis yang diberikan perlu diperbaiki lagi, kerana walau sesedap mana pun makanan yang dihidang tetapi mampu membuat mood kita spoil jika servis kedai yang diberikan tak bagus, lebih-lebih lagi jika kita bayar dengan harga yang mahal..betul tak? Peratusan untuk saya reconsider datang lagi ke sini- dalam 48% sahaja (itu pun jika ada promotion, hehehe)

Saturday 8 October 2011

Memanjakan diri di Reen’s Beauty House and Spa, Ampang

Bulan lepas saya beli satu spa deal di dealmates.com. Ia merupakan percubaan awal saya dalam perawatan badan. Konon-konon persiapan nak kahwin la ni kan. Hehe.. Jadi saya memulakan langkah pertama di Reen’s Beauty House and Spa. Certificate yang dibeli valid dari 12 September 2011 sehingga 12 November 2011. Appointment perlu dibuat sebelum ke sana, dan saya mengunjungi spa tersebut semalam. Reen’s Beauty House and Spa beroperasi pada pukul 11 pagi sehingga 7 malam, setiap hari termasuklah hari cuti umum.

Untuk deal ini, berikut merupakan service yang diberikan kepada saya:

  • bestselling Ginger Oil Massage;
  • a soothing Sea Salt Foot Bath & Soak;
  • a home-made Full Body Scrub (choice of lulur rempah, sea salt, aloe vera or whitening);
  • aroma-therapeutic Ear Candling (choice of rose or lavender);
  • a bubbly Milk Bath Jacuzzi;
  • and a specially blended herbal beverage


Harga deal yang saya beli, RM49.90 instead of RM350 (normal price) untuk tempoh TIGA JAM body pampering. Tempting, kan? Sebab tu saya tak fikir panjang ambil deal nie. Dan officemate saya yang tak tahan tempting beli deal ni jugak. hehehe


printscreen spa deals di dealmates.com
deal ni dah habis sekarang, sila kecewa k? ;p



Ok jom kita cerita tentang spa nie. Kami tiba awal di Ampang, tak susah pun nak cari tempatnya sebab jalan tak jam teruk (weekdays, around 10am). Ia terletak di bangunan sebelah kanan selepas Ampang Point (satu row dengan Easy RHB warna pink tu) selepas simpang empat besar yang ada traffic light. Spa ni terletak di atas kedai Nasi Kandar Kedah. Kami sempat breakfast roti canai di Kedai Nasi Kandar Kedah kerana sampai agak awal. Kedai buka tepat pada pukul 11 pagi.

Sampai di spa tu, kami terus mula treatment. Saya diberi sehelai tuala dan satu panties (macam thong yang seksi gile tu. Nasib reti pakai, redah je la). Malu juga awal-awal tu sebab tak pernah ke spa, tapi belasah je la sebab workers selamba saje. Mungkin sebab dah biasa tengok customer bukak je semua hehehe ..Mula-mula saya disuruh baring meniarap, satu badan saya di scrub dengan body scrub. Pergh..best gila dia scrub badan.. Rasa dibelai manja gitu. Habis semua kotoran, daki dan kulit mati ditanggalkan. Lepas tu pusing badan untuk discrub jugak. Sambil scrub, muzik yang menenangkan dipasang. Memang layan habis..


sumber: website (fb) Reens Beauty House


Selepas selesai scrub, saya ke bilik lain untuk Milk Bath Jacuzzi. Dalam bathtub tu diisi dengan air susu dan saya perasan ada kelopak bunga rose dan limau. Baunya memang menenangkan. Saya dibiarkan berendam sorang-sorang dalam bilik tu selama lebih kurang 30 minit. Syok juga.. hehe

Lepas mandi dan membilas badan, saya diberi tuala dan panties baru. Sesi seterusnya, saya balik ke bilik tadi untuk sesi urutan badan. Seluruh badan saya disapu dan diurut menggunakan minyak halia. Memang best lah satu badan ni dibelai. Ada jugak sesekali tu saya tergelak sebab geli kena urut di pinggang =p


tempat kami scrub dan berurut
sumber: website (fb) Reens Beauty House

Selesai diurut, sesi untuk aroma-therapeutic Ear Candling. Yang best nya, sebab candle yang digunakan tak mengeluarkan asap jadi takde lah saya pening atau batuk-batuk terkena asap. Candle tu dibakar di hujungnya dan hujung lagi satu diletakkan di telinga, sambil buat candling  pekerja spa urut2 di bahagian telinga, leher dan bahu saya. Memang best gila la dia urut.. Menurut workers tu, jika takde hama yang keluar dari telinga maksudnya saya takde resdung. Dia tengok telinga saya clean and clear. Mungkin candle tu hanya bunuh hama yang dalam telinga saya sebab saya dengar bunyi meletup2 kecil je kot.

Lepas selesai sesi urut dan ear candling, saya sudah boleh tukar baju. Kemudian saya ke satu bilik lagi untuk sesi Sea Salt Foot Bath & Soak. Kaki saya direndam dalam satu mesin yang berisi air garam laut kalau tak silap. Sambil rendam kaki dan lepak-lepak di sofa tu saya diberi minum air herba rasanya macam air halia. Mungkin untuk buang angin dalam badan, sebab lepas tu saya ada la sendawa sikit-sikit. Selepas 15 minit, workers datang keluarkan kaki saya dan lap sampai kering. Memang pampered gila lah layanan yang diberikan. Hehe..

Lepas sesi rawatan, kami tulis nama dan email pada sehelai kertas (mungkin untuk rekod). Kemudian workers spa tu hantar kami sehingga ke pintu keluar dan cakap “terima kasih, sila datang lagi”. Tiada paksaan ambil mana-mana pakej dan tiada caj tersembunyi. Terbaik!

Bagi sesiapa yang berminat ke spa ini, anda boleh like fanpage company nie: Reens Beauty House atau ke alamat ini. 

Reen's Beauty House & Spa
32-2, Jalan Dagang 1/1A, Taman Dagang, Ampang, Ampang, Selangor 68000 

016-676 9608 


Boleh buat appointment atau walk-in. Saya nasihatkan supaya buat appointment supaya tak clash dengan appointment customer lain. Dan, datang lah awal ke spa supaya kita dapat masa treatment yang sepatutnya. Tapi masa treatment kami terlebih-lebih sampai setengah jam, hehehe best kan ;) Mungkin boleh datang lagi ke spa nie. Body scrub dia memang best lah..Tak rugi datang ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...